Aliff, Ruhanies jadi ‘patung cendana’ selepas prosiding khalwat

MEMBISU bagaikan patung cendana saat diajukan pertanyaan pihak media.

Itu yang dilakukan dua pelakon, Aliff Aziz dan Ruhainies sebaik keluar dari kamar bicara prosiding sebutan semula kes khalwat di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini.

Meski dikejar, diasak dan dihujani dengan pelbagai pertanyaan daripada pihak media, kedua-duanya kekal dengan pendirian tidak bersuara mahupun berkongsi secara terperinci hasil prosiding yang berlangsung hari ini.

Ruhainies turut ditemani kakaknya, Risteena yang turut enggan memberi kenyataan berhubung prosiding hari ini.

Mereka juga dilihat pulang secara berasingan selepas selesai urusan pertukaran penjamin membabitkan Aliff.

Hari ini, Mahkamah Tinggi Syariah di sini memutuskan dua hari, iaitu 20 dan 27 Februari 2025 bagi perbicaraan kes khalwat dua pelakon tersebut.

Hakim Syarie Abu Suffian Abu Yaziz menetapkan tarikh itu selepas kedua-dua pihak bersetuju dengan tarikh-tarikh yang dicadangkan.

Pegawai Pendakwa Syarie, Masroha Duki dan Mohd Nahar Mohamad dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) memaklumkan bahawa pihak pendakwaan sudah menyerahkan dokumen kes antaranya senarai saksi.

Mendengar perkara itu, peguam syarie mewakili Aliff dan Ruhaninies mengesahkan dokumen berkenaan.

Pada 3 Julai lalu, Aliff dan Ruhainies mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Syarie Abu Suffian Abu Yaziz atas pertuduhan khalwat yang berlaku di sebuah kondominium di ibu negara pada 9 Mac lalu.

Terdahulu pada 20 Jun lalu, Aliff dan Ruhainies dibebaskan dengan jaminan mahkamah sebanyak RM1,500 setiap seorang.

Kehadiran mereka berdua dipercayai atas tujuan lanjutan bon jamin berkenaan kes tangkap khalwat pada 9 Mac lalu. – HIBGLAM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok