Relaks Amir Ahnaf, kenapa lari?

ENTAH kenapa sejak akhir-akhir ini pelakon muda berbakat besar, Amir Ahnaf seperti mahu melarikan diri daripada media.

Insiden terbaharu adalah ketika Anugerah Bintang Popular Ke-36 (ABP36)yang berlangsung di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) minggu lalu.

Akui teman media, aktor berusia 24 tahun itu kelihatan cepat-cepat beredar dengan alasan mahu pergi ke tandas.

Pelik juga sebab bukan Amir terpalit dengan mana-mana isu kontroversi kecuali gosip kononnya dia menjalin cinta dengan anggota kumpulan Dolla, Angel sehingga sanggup meninggalkan kekasih.

Kalau soal cinta itu semua perkara biasa, maksudnya bukanlah bintang utama Kahar: Kapla High Council itu terbabit dalam kontroversi lain yang memalukan.

Tenang-tenang sahaja, kalau tak mahu jawab soalan sensitif boleh sahaja menolak dengan baik, media pun bukan paksa sebab anda ada pilihan. Tak gitu?

MIZZ LAHAR: Bapa seorang selebriti pernah cuba dekati pelakon jelita.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok