‘Elak penyakit ain’ – Ungku Ismail pilih ‘sorok’ wajah anak

MEMILIH untuk tidak berkongsi wajah anak, pelakon Ungku Ismail menegaskan keputusan itu diambil bagi menghindari perkara buruk terjadi ke atas puteranya, Ungku Indra Puteh Al Maajid.

Kata pelakon berusia 39 tahun itu, sebagai bapa menjadi tanggungjawabnya melindungi anak kecilnya itu daripada perkara tidak diingini.

Rata-rata sudah kenal dan tahu tentang ‘Sharrul Ain’ (peyakit ain) tetapi masih ada yang tertanya kenapa sekat dan ‘blur’ (mengaburi) muka anak.

“Saya bertanggungjawab melindunginya dengan cara yang lebih tepat berdasarkan ilmu dan syariah ketika dia masih bayi lagi,” katanya dalam Instagram.

Dalam masa sama, suami kepada pelakon Nad Zainal itu mengakui lebih selesa menyimpan rapi hal peribadi keluarga daripada menjadi tontonan umum.

Kami kongsi seadanya dan sekadarnya. Begitu juga dengan kehidupan kami yang sewajibnya peribadi bukan hiburan umum untuk disoal jawab.

“Benda yang sudah berlaku mungkin tersirat aib dalam penjelasan maka sebaiknya jangan ditanya,” tuturnya.

Sebagai info, Ungku Ismail mendirikan rumah tangga dengan Nad pada 23 Januari lalu dan dikurniakan cahaya mata lelaki pada 10 Oktober tahun lalu. – memiliki seorang cahaya mata lelaki pada 10 Oktober. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok