173
MESKIPUN berada di bawah bumbung yang sama, kumpulan wanita Blackpink didakwa tidak menyokong konsert reunion 2NE1 di Seoul, baru-baru ini.
Perkara tersebut menjadi tanda tanya ramai selepas rata-rata artis di bawah YG Entertainment iaitu IU, Treasure, Babymonster, Twice, Aespa, IVE dan Zico menghantar video mesej ucapan tahniah di atas penganjuran konsert jelajah Welcome Back.
Malah, tiada seorang pun ahli Blackpunk dilihat menghadiri konsert kumpulan yang mempunyai empat anggota itu.
Bagaimanapun, ada juga yang menjelaskan kesemua ahli Blackpink sibuk dengan aktiviti solo mereka sehingga tidak dapat hadir sebagai tanda sokongan. – HIBGLAM