[VIDEO] ‘Mereka mahu bercerai secara baik, Insya-Allah dimuktamadkan hari ini’

PEGUAM kepada Fattah Amin, Zulkifli Che Yong positif bahawa keputusan permohonan perceraian dibuat isteri pelakon itu, Nur Fazura dapat dimuktamadkan hari ini.

Katanya, kedua-dua pihak menerusi peguam sudah berbincang namun belum menandatangani dokumen perincian yang diserahkan ketika prosiding sebutan di Mahkamah Rendah Sesyen Petaling, Subang Bestari, pagi ini.

Mereka (Fattah dan Nur Fazura) mahu bercerai secara baik. Insya-Allah perkara ini dapat dimuktamadkan hari ini.

“Kita tunggu sahaja keputusan mahkamah. Setakat ini sahaja perkembangan sekarang,” katanya ketika ditemui di perkarangan mahkamah.

Ditanya mengenai reaksi Fattah berkenaan dokumen perbincangan yang perlu diteliti, katanya aktor tersebut positif.

Fattah okey, Insya-Allah,” ujarnya.

Mengulas sama ada pasangan terbabit ada berjumpa, Zulkifli berkata perkara tersebut bukan dalam pengetahuannya.

Begitupun, antaranya dengan peguam Nur Fazura iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan sudah berbincang dengan kebenaran anak guam masing-masing.

Fazura nekad untuk meneruskan perceraian terhadap suami, Fattah Amin. – FARIS RUSADIO

Memang ada perbincangan secara baik dengan peguam. Sudah tentu atas arahan anak guam,” jelasnya lagi.

Ketika ini ramai menanti dengan penuh debaran status rumah tangga pelakon berusia 33 tahun itu dengan isterinya yang bakal diputuskan hari ini.

Pada sebutan prosiding pertama 25 September lalu, Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd. Amin, belum bersedia menceraikan Nur Fazura.

Selepas prosiding, pemilik nama lengkap nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, nekad mahu berpisah demi maruahnya sebagai wamita serta kesejahteraan hidup anak tunggal mereka, Nur Fatima Aisya.

Terdahulu, pada 13 September lalu, Fazura mengejutkan ramai apabila memfailkan permohonan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dengan dikurniakan Nur Fatima yang kini berusia empat tahun. – HIBGLAM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok