142
Gara-gara tampil dengan gaya rambut baharu ketika menghadiri pertunjukan jenama Chanel di acara mega Minggu Fesyen Paris, anggota kumpulan Blackpink, Jennie dilabel mangsa fesyen.
Mana tidaknya, idola berusia 28 tahun itu tampil dengan rambut warna perang yang disifatkan ramai tidak sesuai dengan wajah dan kulitnya.
Apa punya fesyen, sakit mata melihatnya. Gaya rambut Jennie kelihatan sangat buruk malah solekannya juga tidak sesuai. Kalau sudah Asia janganlah terlalu cuba jadi Barat,” komen seorang pengikutnya.
“Rambut Jennie kelihatan seperti rambut palsu. Sayang sekali, dia lebih cantik dengan rambut warna hitam tetapi kali ini nampak macam minah rempit,” tulis netizen dari Malaysia.