Dituduh ‘bimbo’, Marissa Dania bengang tatabahasa Bahasa Inggeris ditegur

BENGANG penggunaan Bahasa Inggeris diperbetulkan netizen, pempengaruh Marissa Dania meminta orang ramai agar tidak menyibuk dalam kehidupannya.

Menerusi hantaran dalam Instagram Story, Marissa atau nama sebenarnya Marissa Danial Hakim, 19, memuat naik foto sedang menikmati minuman berserta kapsyen dalam Bahasa Inggeris.

“My moves have to either make sense or make money,” tulisnya.

Tidak lama selepas itu, seorang individu menegur kesalahan tatabahasa anak kepada pasangan pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi itu.

Malah pemilik akaun itu turut mencadangkan Marissa supaya menggunakan wangnya untuk memperbaiki kelemahan dalam penulisan Bahasa Inggeris.

“Perkata yang sebetulnya, made sense bukan make sense.

“Mungkin boleh gunakan duit itu untuk belajar bahasa Inggeris dengan lebih baik” kata netizen itu.

Tidak berdiam diri, Marissa kemudian membidas komen tersebut dan dalam nada tegas meminta setiap orang menjaga hal masing-masing.

“Untuk ketika ini saya memberitahu awak semua supaya hanya memikirkan tentang kehidupan awak sahaja,” tegasnya.

Seperti tidak boleh menerima teguran, rata-rata netizen menyifatkan Marissa sebagai ‘bimbo’ dan bodoh sombong. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok