Pelakon dan penyanyi sensasi, Nonny Nadirah dilihat sekali lagi mencetuskan kontroversi dengan berkongsi video dia berkemban memakai tuala dalam Instagram.
Nonny atau nama lengkap Nonny Nadirah Zainuddin, 35, memuat naik video dia berkemban sambil mencuci baju di bilik air.
Sambil duduk mencangkung, pelakon drama Dia Isteri Luar Biasa itu mencuci baju sambil menyanyi.
Basuh kain, basuh baju”, siulnya sambil menyental baju di dalam baldi.
Walau bagaimanapun, ruangan komen hantaran berkenaan telah ditutup.
Sebelum ini bekas peserta Akademi Fantasia musim kelima itu juga dilihat berkongsi video dia berpakaian mencolok mata sehingga menampakkan lurah dadanya sambil menyanyi lagu In The End daripada kumpulan Linkin Park.
Sementara itu menerusi Instagram, pelakon yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah ini dilihat aktif berkongsi tentang Palestin.
Terdahulu, pada Julai lalu media melaporkan Nonny sedia untuk kembali aktif dalam industri hiburan selepas dilihat membuat kemunculan semula di sebuah festival makanan di Kajang.
Menurut Nonny dia berada dalam keadaan sihat dan mengambil keputusan untuk berehat dari dunia seni selama tiga tahun.
Nonny juga dikhabarkan bakal melancarkan lagu baharunya tidak lama lagi yang didedikasikan khas untuk Palestin. -KOSMO! ONLINE