Nervous, takut sangat nak masuk set – Azar Azmi

TUJUH tahun menyepi, pelakon Azar Azmi terus mencuri perhatian apabila membuat kemunculan semula dalam dunia lakonan, sekali gus mengubat rindu peminat setia.

Azar atau nama sebenarnya Siti Azar Ameerah Azmi, 37, tiba di lokasi penggambaran dan dilihat teragak-agak keluar dari kenderaan sebelum dipujuk pengurusnya sekali gus mengakui perasaan gemuruh menyelubungi diri selepas sekian lama meninggalkan dunia lakonan.

Nervous, takut sangat nak masuk set. Terima kasih,” ujarnya ringkas.

Menerusi drama terbaharu berjudul Bulan Henti Bicara terbitan Treputree Production, Azar bakal kembali menghiasi slot MegaDrama Astro Ria bersama barisan pelakon berpengaruh tanah air.

Ruangan komen media sosial pula dibanjiri pelbagai reaksi positif. Rata-rata peminat meluahkan rasa rindu selain mengakui tersentuh melihat ketulusan emosi dipamerkan Azar.

“Rindu Azar. Air mata itu jujur sangat. Sebak rasanya melihat seorang wnaita yang jatuh terduduk kini bangkit perlahan-lahan.

“Tak sabar nak tengok Azar kembali berlakon. Saya memang peminat dia sejak dahulu.

“Comel tengok dia nervous, tapi itulah tanda dia sayang kerja dia,” antara komen netizen.

Untuk rekod, Azar sebelum ini dikenali menerusi drama popular seperti Nur 2, Isteri Misteri, Red Velvet dan Suri Hati Mr Pilot.

Selain Azar, Bulan Henti Bicara turut dibintangi pelakon hebat seperti Azhan Rani, Ezzanie Jasny, Ali Reza, Farah Ahmad dan Hushairi Husin.

Lebih menarik, video kemunculan semula Azar meraih lebih sejuta tontonan dalam tempoh kurang 24 jam, sekali gus membuktikan aura pelakon itu masih utuh dalam hati peminat. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok