Merokok dalam bangunan, Baekhyun mohon maaf

DIKECAM kerana merokok dalam bangunan di Macau, anggota kumpulan EXO, Baekhyun tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selain mengakui kesalahannya itu yang dianggap tidak sensitif dan cuai.

Agensi idola berusia 32 tahun itu,  INB100 turut mengeluarkan kenyataan rasmi yang mengakui sudah menegur artis jagaannya itu selain berjanji kejadian sedemikian tidak akan berulang lagi.

“Kami mewakili Baekhyun dengan tulus ikhlas memohon maaf kepada semua orang yang berasa tidak selesa dengan insiden merokok dalam bangunan yang dilakukan artis jagaan kami.

“Baekhyun amat menyesali kecuaiannya itu dan memohon maaf dengan ikhlas kepada semua peminat yang berasa kecewa dengan perbuatannya. Kami akan lebih berhati-hati bagi memastikan perkara ini tidak berulang lagi,” ujar wakil agensi. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok