Tampil seksi, Giselle dilabel idola tak bermoral

GARA-GARA sering menggayakan pakaian terlalu seksi dan mencolok mata sehingga menimbulkan rasa kurang selesa dalam kalangan peminat, anggota kumpulan Aespa, Giselle teruk dikecam netizen selain disifatkan sebagai idola tidak bermoral.

Semuanya tercetus apabila idola berusia 24 tahun itu berani mati mengenakan seluar ketat yang dipadankan dengan ‘crop top’ sendat  ketika berada di lapangan terbang sebelum berangkat ke Los Angeles, Amerika Syarikat untuk promosi lagu.

“Tergamak pakai macam itu sahaja, awak adalah idola, sepatutnya beri contoh baik kepada peminat khususnya yang masih bawah umur,” komen seorang netizen.

“Dia ini memang tidak tahu malu, selalu pakai pakaian mencolok mata. Terlalu mencuba untuk kelihatan seperti artis barat, hakikatnya kelihatan sangat buruk dan tidak sesuai,” demikian komen seorang lagi pengguna media sosial. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok