ANGGOTA kumpulan BTS, Jungkook mengingatkan peminat fanatiknya supaya tidak mengganggu privasinya.
Kalau sayang, jangan ambil kesempatan kerana saya juga manusia.
“Ada perkara peribadi yang hanya saya perlu tahu, jangan ceroboh privasi saya,” katanya semasa siaran langsung dalam platform komuniti peminat, Weverse.
Ketika siaran tersebut berlangsung, Jungkook mengakui dia baru sahaja meneguk minuman beralkohol dan hampir mabuk.
Saya mabuk, jadi mari kita bercakap tentang perkara ini. Walaupun saya tidak mabuk, saya akan perkatakan perkara sama,” katanya.
Meskipun kedengaran seperti bergurau, peminat mengambil serius pesanan tersebut dan menghormati idola kesayangan mereka itu.
“Terima kasih kerana sentiasa menasihati kami sebagai peminat. Saya suka dengan kejujuran itu, saya akan sentiasa menyokong dan menghormati permintaan oppa (abang),” komen seorang peminat.