Jamah tembikai, Zamani terkena gangguan mistik

SIAPA sangka penyanyi Zamani  pernah berdepan kejadian misteri yang mengakibatkannya hampir menarik diri daripada sebuah program realiti nyanyian.

Katanya, hal tersebut berpunca daripada tindakan menjamah buah tembikai.

Situasi tersebut dikongsikan dalam temu bual audio siar Dol’s Podcast yang didedahkan secara terbuka.

Vokalis Slam itu mengakui tidak mampu mengeluarkan suara secara tiba-tiba selepas sesi raptai rancangan tersebut.

Disebabkan itu, Zamani mengakui  ingin berundur, namun dinasihatkan juri  program berkenaan, Datuk Ramli MS, agar terus mara.

Enggan memikirkan perkara buruk ujarnya, sehingga sekarang dia masih tidak pasti keadaan sebenar yang mencetuskan situasi tersebut.

MIZZ LAHAR: Ramai pula selebriti tempatan yang dakwa diri disihir, takut. 



Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok