PEGUAM Syarie yang mewakili pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof iaitu Azmi Rais mengesahkan anak guamnya sudah memfailkan cerai terhadap isterinya, Ira Kazar.
Menurutnya, perceraian tersebut difailkan Syamsul di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini.
“Ya, Syamsul sudah failkan cerai pada pukul 2 petang tadi. Alasannya, tiada persefahaman.
“Saya akan maklumkan maklumat mengenai sebutan seterusnya dan sahkan tarikh sebutan kemudian,” katanya kepada Hib Glam di sini, hari
Hari ini, tular dakwaan Syamsul, 40, sudah memfailkan perceraian terhadap Ira yang juga anak kepada pelakon senior, Kazar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.
Sebelum ini, khabar angin mengenai keretakan rumah tangga mereka bertiup kencang pada Oktober tahun namun kedua-duanya tidak memberi sebarang kenyataan berhubung dakwaan tersebut.
Selain keretakan rumah tangga, Ira juga dikatakan sedang hamil anak sulung hasil perkongsian hidup dengan Syamsul namun sehingga hari ini tiada ebarang pengesahan daripada mereka.
Terdahulu, Syamsul dan Ira atau nama sebenar Faghirah Fatini Kazaruddin bernikah di Selatan Thailand pada 6 Januari tahun lalu.
Perkara itu disahkan oleh Syamsul menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagram pada Januari tahun lalu.
Rentetan daripada itu, pelakon Puteri Sarah pada ketika itu sebagai isteri pertama nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu. – HIBGLAM