DRAMATIS sensasi Ruhainies menitipkan doa kepada Tuhan agar dirinya tidak terjebak melakukan hal yang boleh membuka aib mana-mana pihak.
Menurut pemilik nama penuh Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, perkara tersebut diharapkannya kerana enggan segala amal ibadahnya selama ini menjadi sia-sia.
“Saya tidak sempurna dan tiada sesiapa juga begitu melainkan Allah SWT.
Peliharalah hati saya untuk tidak membuka aib sesiapa. Janganlah segala amalku menjadi sia-sia,” katanya dalam InstaStory.
Menerusi perkongsian sama, pelakon drama Cukup Derita Itu turut mengulang siar video ceramah akibat membuka aib individu lain.
Nabi pernah memberitahu, sekali sahaja kamu membuka aib tentang orang lain, seluruh amal soleh sejak akil baligh akan hilang,” kongsi seorang pendakwah bebas dalam video tersebut.
Sehingga kini, setiap perkara dilakukan Ruhanies kerap menjadi bualan ramai terutama selepas insiden ditangkap khalwat dengan penyanyi, Aliff Aziz pada Mac lalu.
Rentetan daripada kes tangkap khalwat tersebut, pelakon, Bella Astillah dan wanita didakwa kekasih gelap Aliff, Sarah Yasmine turut ‘melondehkan’ pelbagai pendedahan berkaitan Ruhainies termasuk perbualan WhatsApp dan hubungan cinta dengan Aliff. – HIBGLAM