Jang Geun-suk derita hidap kanser tiroid

Sakit berpanjangan, aktor terkenal Jang Geun-suk mengejutkan ramai dengan satu pendedahan, dia didiagnosis menghidap kanser tiroid.

Aktor berusia 37 tahun itu bagaimanapun memaklumkan penyakitnya hampir pulih selepas menjalani pembedahan. 

“Saya ada sesuatu untuk beritahu semua orang. Sebenarnya, saya telah didiagnos dengan kanser tiroid kira-kira setahun yang lalu.

“Saya tidak mendedahkannya serta-merta kerana fikir berita ini akan mengejutkan ramai orang. Tapi jangan risau sebab saya sudah menjalani pembedahan. 

Nasib baik pembedahan itu berjaya. Sudah dua minggu setakat ini dan keadaan saya baik. Saya gembira akhirnya boleh bercakap seperti ini selama kira-kira 8 hari,” ujarnya menerusi platform media sosialnya.

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok