Anak Amyza Aznan hampir jadi peserta TTMM2

ANAK kepada pelakon Amyza Aznan, Adrian Adam sepatutnya menjadi antara peserta program Talk To My Manager musim kedua (TTMM2).

Perkara tersebut diumumkan pengacara Datuk Aznil Nawawi sebelum Adrian mempersembahkan lagu Ku Mohon nyanyian asal Datuk Sheila Majid.

“Pada malam ini, saya ingin memaklumkan sepatutnya Amyza dan anaknya menjadi peserta ke-11 TTMM2.

“Namun, Amyza sekali lagi diuji apabila anaknya seorang lagi kini sedang berjuang melawan kanser.

“Ayuh kita beri peluang untuk Amyza menjadi ‘manager’ untuk persembahan Adrian pada malam ini,” katanya.

Sementara itu, Amyza, 49, bahawa anaknya kini sedang giat menjalani rawatan bagi menangani kanser tulang yang dihidapinya.

“Sekarang ini dia sedang mendapatkan rawatan.

“Seterusnya baru kita tahu ketumbuhannya sudah merebak atau tidak,” ujarnya.

Usai persembahan tersebut, rata-rata penonton di dalam dewan gagal menahan sebak melihat Adrian yang mendendangkan lagu berkenaan di atas kerusi roda.

Malah, persembahan yang penuh emosi itu turut menerima penghormatan berdiri (standing ovation) daripada seluruh seisi dewan termasuk barisan juri.

Sebelum ini, Adrian disahkan menghidap kanser tulang sejak Februari lalu.

Difahamkan, Adrian kini sedang menjalani rawatan alternatif bagi mendepani penyakit berkenaan. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok