Amelia Henderson tengok konsert dengan anak Datuk K?

BARU sahaja putus cinta, nama pelakon Amelia Henderson kembali menjadi bualan apabila didakwa duduk bersebelahan dengan anak lelaki Datuk K iaitu Aazief Khalid ketika menonton konsert Siti Nurhaliza Love Is In The Sky di Genting Highlands, Pahang pada Ahad lalu.

Menerusi video yang dimuat naik pelakon Tya Ariffin dalam TikTok, seorang wanita persis Amelia dilihat duduk di sebelah  Aazief saat menonton persembahan Siti Nurhaliza bersama Aafiyah dan Afwa di atas pentas.

Tya yang juga kakak ipar Aazief bagaimanapun tidak memberikan sebarang penjelasan mengenai identiti wanita tersebut, namun perkongsian itu mengundang tanda tanya selain ‘restu’ daripada peminat.

Segelintir netizen juga mengakui menonton video tersebut berulang kali bagi mengesahkan identiti wanita berkenaan adalah Amelia.

“Eh, Amelia rupa-rupanya di sebelah Aazief.

“Amelia dengan Aazief? Doakan yang baik-baik.

“Perasan juga ya? Saya duduk ulang banyak kali sebab nak sahkan, takut salah tengok,” tulis pengguna media sosial di ruangan komen.

Baru-baru ini, Amelia atau nama penuhnya Amelia Thripura Henderson, 29, mengakui hubungan cintanya dengan pelakon Aedy Ashraf sudah berakhir, namun mereka tidak bermusuh.

Sementara, Aazief sebelum ini difahamkan pernah menjalin hubungan dengan pelakon Sharifah Rose dan pempengaruh, Tyra Kamaruzzaman. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok