DIDAKWA mahu menuntut salah seorang cucu, ibu kepada penyanyi Aliff Aziz, Siti Hafiza menzahirkan rasa amarah terhadap seorang netizen kerana menabur fitnah terhadap dirinya.
Kata Hafiza atau nama sebenarnya Siti Hafiza Basharahi, dia dan keluarga tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang kepada pemfitnah yang membuat tuduhan melampau itu.
Untuk si dia yang muat naik fitnah dajjal ke atas saya, sila turunkan hantaran berkenaan.
“Jika tidak saya dan keluarga akan ambil tindakan undang-undang terhadap anda,” katanya menerusi hantaran dalam Instagram Story.
Enggan berdiam diri, Hafiza memberitahu dia bersedia bertentang mata dengan pelaku untuk menyelesaikan isu berkenaan.
“Siapa dapat hubungi dia, tolong beritahu dia yang kami akan ambil tindakan undang-undang.
Jika dia ingin berbicara dengan saya silakan, kerana saya ingin tahu dari mana dia dapat info fitnah ini,” ujarnya.
Sebelum itu, seorang individu memuat naik hantaran dalam TikTok menuduh Hafiza mengeluarkan kenyataan bekas menantunya Bella Astillah perlu menyerahkan salah seorang anak kepada Aliff supaya adil bagi kedua belah pihak.
Pada Julai lalu, Hafiza dan Aliff, 33, ada memuat naik beberapa hantaran luahan rindu terhadap dua cucunya, Ayden dan Ara dalam media sosial.
Terdahulu, Bella dan Aliff bercerai talak satu pada 13 Jun lalu selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.
Selepas melafazkan cerai, Aliff bersetuju memberikan hak penjagaan penuh dua anaknya iaitu Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4 tahun kepada Bella. – HIBGLAM