368
PENGARUH V sebagai ikon fesyen global semakin hebat apabila sekali lagi dilantik menjadi duta jenama barangan kemas mewah Cartier.
V atau nama lengkapnya Kim Taehyung turut menjadi wajah baharu kempen Panthere De Cartier.
Naib Presiden Kanan & Ketua Pegawai Pemasaran Cartier iaitu Arnaud Carrez berkata, pihaknya mempunyai banyak alasan mengapa penyanyi kumpulan BTS itu diangkat sebagai duta.
Faktor utama, semestinya pengaruh V yang mampu melariskan jenama berkenaan.
Buktinya, loket rantai yang digayakan penyanyi lelaki itu menjadi buruan peminat sehingga habis terjual pada Jun lalu.