DIKECAM tidak peka sensitiviti masyarakat susulan penggunaan istilah yang menyentuh isu perkauman dalam sebuah video, penyanyi kumpulan Kiss Of Life, Julie membuat permohonan maaf secara terbuka.
“Insiden ini menyedarkan saya betapa tindakan cuai boleh mendatangkan mudarat kepada ramai orang. Latihan selama enam tahun banyak mendidik dan mematangkan saya.
“Saya berazam untuk lebih berhati-hati dan teliti bagi mengelak kesilapan serupa berulang pada masa hadapan.
“Saya juga ingin memohon maaf dengan tulus ikhlas kepada semua orang yang mungkin terluka dengan tindakan saya,” kata Julie.
Terdahulu, Julie dilihat berlatih menyanyikan lagu Strange Cloud pada bahagian rap dengan menggunakan lirik asal termasuk penggunaan perkataan ‘N” (Nigga).
Biarpun dihasilkan lima tahun lalu, video tersebut tiba-tiba tular dan mencetuskan kontroversi.