BIARPUN sudah tidak bergiat aktif dalam bidang lakonan, namun nama pelakon dan usahawan Mas Khan tetap menjadi sebutan.
Daripada kisah cinta bersama sosialit berstatus ibu tunggal hinggalah ikatan pertunangan dengan seorang pramugari. Semua perihal tersebut menyuntik sensasi terhadap namanya.
Baru-baru ini, penampilan Mas Khan dilihat tindik telinga dalam sebuah acara juga mencuri perhatian.
Mungkin hanya sekadar fesyen, namun penampilannya itu dikatakan tidak sesuai dan ditegah dalam agama.
Tidak salah untuk bergaya mengikut trend semasa, tetapi biarlah tidak keterlaluan, paling penting jangan buat perangai haram.
Diharapkan selepas ini Mas Khan lebih peka menjaga penampilan kerana lumrah bergelar selebriti, pasti ada sahaja mata-mata yang akan menilai.
Bukan untuk menjadi terlalu sempurna, tetapi cuba untuk lebih sensitif dengan budaya dan adab masyarakat terutama melihatkan hal berkait agama.
Diva: Tahniah kepada selebriti sosialit Jeslina Hashim yang akhirnya bakal jadi isteri kerabat Negeri Sembilan tidak lama lagi. Bolehlah melancong secara halal.