SEORANG pelakon wanita yang namanya sedang meningkat naik tiba-tiba meminta wartawan untuk tidak menyiarkan berita mengenai dirinya.
Artis itu memberi alasan hal perkara tersebut telah mendapat nasihat peguam dan dia diminta untuk tidak lagi mengulas mengenai itu.
Tindakan pelakon itu lantas mempamerkan sisinya yang tidak profesional. Mengapa ketika temu bual diadakan artis itu sedikit pun tidak menafikan kenyataan yang telah dia berikan.
Malah dia sendiri tidak menyatakan hasratnya kepada wartawan terbabit. Sebaliknya meminta pengurus meminta agar wartawan itu tidak menyiarkan berita berkenaan.
Maka bermulalah pertikaian antara pengurus dan wartawan terbabit mengenai sikap pelakon itu yang seharusnya tahu bahawa dia tidak boleh memberi kenyataan terhadap perkembangan status permasalahan yang dihadapi olehnya.
Pengurus itu juga mengatakan artisnya tidak mengetahui hal tersebut mempunyai kaitan dengan peguam.
Persoalannya, bagaimana artis tersebut tidak mengetahui masalah yang sedang dia hadapi sedang diuruskan oleh peguam.
Jika benar mempunyai campur tangan peguam, dia seharusnya peka dan mengambil tahu tentang perkembangan hal yang melibatkan Jabatan Pendaftaran Negara itu.
Janganlah ambil sikap lepas tangan kemudian membuat kenyataan tanpa mendapat sebarang pengesahan. – HIBGLAM
Diva: Ilya Senario sudah jadi mutawif dan akan bawa jemaah ke Tanah Suci tak lama lagi. Tahniah!