Taehyung dikecam tidak berhati perut

TIDAK sensitif terhadap isu kekejaman terhadap rakyat Palestin, anggota kumpulan BTS, Taehyung dikecam teruk peminat selain disifatkan idola tidak berhati perut.

Semuanya tercetus dan membangkitkan amarah peminat apabila idola berusia 28 tahun itu memuat naik foto sedang memegang bekas kentang goreng jenama McDonalds.

Ada netizen yang menganggap, Taehyung yang mesra disapa V itu sengaja memuat naik foto tersebut bagi menyatakan sokongan secara tidak langsung terhadap Israel.

Dihambur pelbagai kecaman, V dilihat menutup ruangan komen hantaran tersebut.
Rata-rata peminatnya meminta penyanyi berkenaan memadam foto berkenaan selain memohon maaf secara terbuka.

Mohon maaf dan padam hantaran ini! Tolong ada kesedaran mengenai isu ini. Kami harap awak mempunyai sikap kemanusiaan.

“Kami harap awak prihatin dengan apa yang berlaku di Palestin! Jangan kecewakan kami,” demikian komen netizen itu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok