233
MASIH terkesan sehingga hari ini, penyanyi Kim Jae-joong berkongsi detik mencemaskan apabila kediamannya diceroboh masuk peminat fanatik pada waktu malam.
Idola berusia 38 tahun itu mengakui terkejut peminat berkenaan bertindak berani memegang tangannya tanpa meminta izin terlebih dahulu.
Bukan itu sahaja, peminat wanita terbabit turut melakukan perkara kurang sopan dengan menciumnya.
“Bukan saja pegang tangan, tetapi dia berani cium saya sewaktu sedang tidur,” luahnya menerusi satu rancangan temu bual.
Pada mulanya Jaejoong beranggapan itu hanya ilusi, namun tanggapannya meleset apabila wanita itu benar-benar berada di atas katilnya.
Difahamkan, sewaktu kejadian yang diibaratkan seperti mimpi ngeri itu, Jae-joong berseorangan di rumah.