TERUS menjadi bahan bualan ramai, pelakon Nonny Nadirah sekali lagi menyuarakan hasrat untuk dikurniakan jodoh yang mampu membimbingnya ke jalan diredai Tuhan.
Nonny, 34, berkata, dia enggan menamatkan zaman bujang dengan lelaki yang tidak tahu menghargai maruah seorang wanita.
“Aku tak mahu kawin dengan lelaki yang hanya tahu merosakkan perempuan.
“Aku nak seseorang yang dikirim Tuhan, boleh bimbing dan pimpin aku ke jalan-Nya,” katanya dalam InstaStory.
Meskipun memasang impian untuk berkahwin, bekas bintang Akademi Fantasia itu bagaimanapun berlapang ada sekiranya tidak ditakdirkan merasai perkara tersebut di dunia.
“Kalau ‘keikhlasan’ hati kau tak diterima Allah, hentikanlah. Tak dapat jodoh di dunia, aku dah reda.
“Kahwin bukan satu urusan yang boleh dipaksa. Cukup, jangan paksa aku,” ujar Nonny.
Dalam hantaran berbeza, dia menegaskan tidak dahagakan kekayaan sebaliknya mahu memiliki kehidupan yang bebas daripada unsur sihir.
“Aku tak mahu banglo atau kereta Lamborghini. Sihir setiap hari dan ruqyah diri sendiri. Aku nak sihat, gembira serta husnul khatimah.
“Matinya aku disebabkan perbuatan mereka, aku serahkan semuanya kepada Allah.
“Aku lawan seorang diri, Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu,” katanya lagi.
Sejak beberapa hari lalu, Nonny atau nama penuhnya Nonny Nadirah Zainuddin kerap mencuri perhatian ramai dalam media social.
Antara perkongsian yang mengejutkan ramai apabila dia memuat naik video membotakkan rambut dan menari dengan keadaan berkemban.
Sebelum ini, dia juga pernah mendedahkan menjadi mangsa sihir yang membawa perubahan terhadap hidupnya. – HIBGLAM