HILANG ingatan selepas koma selama 20 hari akibat pengambilan ubat tidur berlebihan, pelakon Jamie Foxx menyifatkan dirinya umpama berada neraka dan kemudian dihidupkan semula.
Pengalaman hampir maut di set penggambaran Back in Action di Atlanta, Amerika Syarikat sekitar April tahun lalu menjadi detik paling terburuk dalam hidup aktor terbabit.
Penerima Oscar itu berkongsi kisah sebenar di sebalik insiden tersebut di hadapan sekumpulan individu tidak dikenali di Phoenix, baru-baru ini.
Saya alami sakit kepala yang kronik pada 11 April 2023 dan kemudian meminta seorang rakan beri saya ubat tidur.
“Selepas itu saya ‘hilang’ selama 20 hari dan memang tak ingat apa-apa,” katanya.
Aktor berusia 56 tahun itu berterima kasih kepada adik, Deidra Dixon serta anak perempuannya, Corrine Foxx, 30, yang bertindak pantas membawanya ke hospital.
Doktor mengatakan ada sesuatu yang terjadi atas sana (menunjukkan ke arah kepala)
“Saya tidak akan mendedahkan (penyakit) di depan kamera,” luah Jamie lagi sambil memandang ke arah individu yang merakamkan percakapannya.
Pada 12 April lalu Corinne yang juga anak sulung Jamie memaklumkan bapanya mengalami komplikasi kesihatan namun tidak mendedahkan pelakon itu koma.
Tiga minggu kemudian, bintang Djanggo Unchained itu berkongsi perkembangan kesihatannya tetapi tidak bercerita panjang sehingga ramai tertanya-tanya penyakit sebenar.
“Mengalami sesuatu mengerikan yang tidak pernah saya jangkakan.
Saya tahu ramai orang menunggu atau ingin mendengar khabar terbaharu, tapi jujur saya tidak ingin kalian melihat saya seperti itu,” kata Foxx kepada pengikut Instagramnya.
Biarpun lebih setahun berlalu, Foxx mengakui masih trauma selain perlu menghadapi kesakitan yang menyebabkannya kadangkala menangis. – HIBGLAM