Anak jatuh tandas sekolah, Bella Astillah cemas

IBU mana tidak cemas apabila anaknya dimaklumkan jatuh di tandas, begitulah pengalaman dilalui pelakon Bella Astillah yang bergegas ke sekolah apabila dimaklumkan putera sulungnya, Ayden Adrean mengalami insiden sama semalam.

Berkongsi kepada umum, Bella atau nama penuhnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, berkata, hatinya berdebar sepanjang perjalanan selepas dimaklumkan oleh guru bahawa anaknya itu jatuh di tandas sekolah.

Dapat panggilan dari sekolah Ayden jatuh di tandas sekolah.

“Allahu berdebar sepanjang nak ke sekolah tu,” kongsi Bella menerusi video yang dimuatnaik dalam Instagram.

Dalam perkongsian sama, pelakon drama Aku Tanpa Cintamu itu bagaimanapun bersyukur anak lelakinya itu tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Alhamdulillah tiada apa yang serius,” katanya lagi.

Bella juga dilihat membawa Ayden ke klinik untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan.

Terdahulu, Bella mendirikan rumah tangga dengan penyanyi kelahiran Singapura iaitu Aliff Aziz pada 9 September 2016.

Pasangan itu bagaimanapun disahkan bercerai talak satu buat kali kedua di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 13 Jun lalu.

Bella dan Aliff dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 7, serta Ara Adreanna kini berusia empat tahun. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok