466
SELEPAS mempersembahkan keserasian lakonan dalam drama Lovely Runner, peminat berharap pelakon Byeon Woo-seok dan Kim Hye-yoon benar-benar bergelar sebagai pasangan bercinta.
Dalam sebuah temu bual khas baru-baru ini, Woo-seok bagaimanapun tampil memberikan respons terhadap harapan peminat tanpa memberikan satu jawapan tepat tentang hubungan bersama Hye-yoon.
Saya gembira setiap kali ditanya sama ada kami bercinta. Ini menunjukkan bahawa ramai orang yang sangat mendalami drama tersebut,” katanya.
Aktor berusia 32 tahun itu turut memuji sifat profesionalisme Hye-yoon sepanjang mereka bekerjasama dalam naskhah Lovely Runner. – HIBGLAM