GENAP sebulan dilahirkan, penyanyi Shila Amzah akhirnya memuat naik foto puterinya, Rhea Akhira untuk tatapan umum hari ini.
Shila atau nama penuhnya Nurshahila Amir Amzah, 34, menyifatkan wajah puteri itu lebih mirip bapanya, Ubai.
“Hari ini genap usia Rhea Akira sebulan. Doakan Rhea jadi anak yang solehah ya.
“Gambar tutup mata adalah foto terkini Rhea yang beratnya sudah mencecah 4 kilogram (kg). Gambar sebelah lagi ketika baru lahir iaitu 2.84 kg.
“Muka banyak ikut papa dia, Ubai tetapi dagu tetap milik mama,” katanya dalam Instagram hari ini.
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen yang teruja turut bersetuju Rhea ibarat ‘fotostat’ wajah Ubai.
“Wajah memang sama seperti Ubai. Minta maaf Shila, cuba lagi tahun depan.
“Betul memang sebiji wajah Ubai tetapi tak mengapa, bahagian dagu itu mahal,” seloroh netizen.
Terdahulu, Shila dan Ubai selamat mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 2023 dan dikurniakan cahaya mata pertama iaitu Rhea pada 9 Mei lalu.
Sebelum ini, Shila pernah berkahwin dengan Haris Idraki Elias namun bercerai pada 8 Februari 2022 selepas empat tahun bersama.
Hasil perkahwinan tersebut, Shila dan Haris dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Seth Uwais. – HIBGLAM