290
Gara-gara aksi tarian ghairah anggota kumpulan Super Junior, Eunhyuk bersama seorang penari wanita ketika mengadakan persembahan menimbulkan rasa kurang senang peminat.
Menerusi sebuah video tular, penyanyi berusia 38 tahun dan penari tersebut melakukan gerakan kurang sopan ketika menyanyi sambil duduk di atas sofa.
Meskipun ada peminat mempertahankan tindakan penyanyi tersebut, namun ramai menyelar persembahan sebegitu tidak sesuai untuk tontonan umum.
Ada ke peminat yang suka? Dah macam aksi lucah pula. Sebab dah sendu ke? Mahukan perhatian? Jijik!” komen netizen itu.
“Tak nampak ke ada audiens cilik kat situ, memalukan sungguh,” demikian komen seorang lagi pengguna media sosial.