SETELAH sekian lama tidak melihat kemunculannya di atas pentas, penyanyi Intan Sarafina kembali mewarnai industri hiburan dengan menyertai pertandingan nyanyian Gegar Vaganza musim ketiga pada 2016.
Sejak itu, perlahan-lahan nama Intan kembali dalam ingatan peminat yang terkenal dengan single ikoniknya, Kembali yang suatu ketika dahulu menjadi lagu hit sekitar tahun 2000-an.
Namun, sejak kebelakangan ini namanya seakan-akan kembali menghilang dari radar kerana dikatakan telah berhijrah Finland kerana mengikut suaminya, Iskandar Ezzahuddin.
Mungkin kerana itu juga boleh lihat beberapa perkongsian Intan dalam Instagram banyak memaparkan dirinya dengan latar belakang pemandangan indah seperti pergunungan salji.
Melihat itu sudah cukup membuatkan Diva juga berasa seperti ingin mengembara ke rantau orang untuk menimba pengalaman baharu.
Dalam pada sibuk ‘membelek’ gambar yang ada, terlihat satu foto yang menunjukkan Intan bersama suami bercuti ke Milan, Itali.
Beberapa gambar tersebut memang boleh dilihat jelas kegembiraan di wajah Intan yang berpeluang menjejakkan kaki di kota fesyen itu.
Ada beberapa foto yang mencuri perhatian iaitu ketika Intan dan suami merakam gambar di sebuah restoran yang dilihat mempamerkan barisan botol dipercayai minuman keras di ruang simpanan kaca.
Mungkin kerana suasana begitu satu pemandangan yang sudah menjadi normalisasi masyarakat setempat.
Tetapi, sebaiknya hal-hal sebegitu meskipun kelihatan kecil, namun tetap mampu mengundang fitnah atau berlaku salah faham.
Tidak dinafikan restoran begitu tetap juga ada di Malaysia meskipun negara kita majoriti masyarakat beragama Islam.
Namun, itu semua pilihan masing-masing sama ada ingin ke kedai sebegitu atau sebaliknya.
Diva: Suka tengok lakonan Erysha Emyra dalam drama Aku Bukan Ustazah!