Maaf, saya susahkan ibu dengan penyakit skizofrenia – Fatiya

PELAKON kontroversi Fatiya Latiff mendedahkan dirinya menghidap penyakit skizofrenia.

Fatiya atau nama sebenar Nur Fathia Abdul Latiff, 36, hari ini berkata, dia berterima kasih kepada ibunya, Badriyah Hassan dan memohon maaf kerana penyakit tersebut membebankan keluarga.

Kenyataannya saya mohon maaf kerana telah menyusahkan ibu dengan penyakit skizofrenia.

“Bukan niat saya menyusahkan sesiapa. Saya berjanji akan menjaga diri dengan lebih baik dan meluangkan masa bersama ibu,” katanya dalam satu entri di Instgram.

Dalam perkongsian itu Fathia turut memuat naik gambar ketika berusia 23 tahun bersama ibunya dan ucapan hari jadi kepada wanita istimewa dalam hidupnya itu.

Gambar ini dirakam ketika berusia 23 tahun dan segalanya berjalan dengan lancar. Tidak terlalu awal untuk saya ucapkan selamat hari jadi kepada ibu yang menakjubkan.

“Terima kasih kerana telah menjaga, melindungi dan mendidik saya yang tentunya bukan satu tugas mudah,” katanya.

TANGKAP layar luahan Fatiya buat bonda tersayang. – INSTAGRAM

Pada Januari 2020, Fatiya pernah menegaskan bahawa dirinya tidak mengalami masalah mental sebaliknya berdepan dengan beberapa hal peribadi sehingga mengakibatkan dia bertindak di luar kawalan di media sosial.

Tegasnya ketika itu, kontroversi merupakan perkara biasa dikaitkan dengan selebriti dan tiada kaitan dengan masalah kesihatan mental. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok