TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Itu perumpamaan tepat buat kumpulan NewJeans apabila bintang pop ikonik, Pharrell Williams sudi menjadi penulis lagu dan komposer single baharu mereka.
Lebih menarik apabila lagu berjudul Supernatural itu merupakan single debut Jepun bagi kumpulan wanita terkenal itu.
“Pharell yang terkenal dengan lagu mega-hit Happy adalah penyanyi dan pengeluar global yang memenangi banyak anugerah Grammy.
“Dia juga terlibat secara aktif sebagai pereka fesyen dan mempunyai pengaruh yang signifikan dalam budaya popular.
“Single debut NewJeans di Jepun berjudul Supernatural akan dilancarkan bulan depan,” kata wakil agensi NewJeans, ADOR yang berharap single terbabit dapat diterima baik pengikut setia kumpulan itu. – HIBGLAM