PELAKON Aliff Aziz mengakui persoalan mengapa diri kerap mengulangi kesalahan sama iatu curang kerap berlegar-legar dalam fikirannya.
Kata Aliff, 33, dia juga enggan menegakkan benang yang basah sebaliknya memilih untuk tidak mengulas sebarang aib dan pendedahan yang isterinya, Bella Astillah lakukan sebelum ini termasuk dakwaan curang dengan 11 orang wanita.
Sejujurnya saya tak mengikuti jumlah pendedahan (curang) tersebut, saya juga memilih untuk jelaskan semua dakwaan dan aib yang dia dedahkan.
“Saya tak akan membangkang sebab saya tahu diri sendiri bagaimana.
Saya juga banyak kali tanya diri sendiri kenapa kerap lakukan perkara sama (curang) tetapi saya tak dapat jawapan itu,” katanya dalam satu temu bual.
Meskipun tak mendapat sebarang kepastian, pelantun lagu Sayang Sayang itu membuat andaian bahawa dirinya lemah dalam menghargai dan memahami isterinya.
“Saya bercakap dengan diri sendiri bahawa Tuhan sudah beri macam-macam benda seperti menang Gegar Vaganza 9, ada keluarga, macam-macam saya miliki tapi kenapa lakukan kesalahan sama.
Kemudian, saya buat kesimpulan bahawa saya ada masalah untuk dengar tangisan isteri saya. Tidak mampu sedar dan gagal mencari sebab mengapa isteri saya menangis,” ujarnya.
Dalam pada itu, Aliff memberitahu dia kini terbuka untuk menerima bantuan daripada pihak lain bagi membantu menyelesaikan ‘krisis’ dalam dirinya.
Pada ketika ini ya, saya rasa perlukan bantuan.
“Saya perlukan bantuan daripada mereka yang pakar mungkin bukan sebab mental tidak stabil tetapi untuk beritahu apa yang perlu saya lakukan,” ujarnya. – HIBGLAM