310
Album penuh ketujuh kumpulan EXO berjudul Exist melakar kejayaan tersendiri pada hari pertama pelancarannya apabila berjaya mengungguli carta album iTunes di 66 negara.
Tidak terhenti di situ, album itu juga cemerlang di tempat pertama dalam carta album iTunes seantero dunia, begitu juga QQ Music dan KuGou Music di China.
Berdasarkan carta Hanteo (carta muzik Korea Selatan), sebanyak 1,074,900 unit album telah terjual pada hari pertama dilancarkan.
Malah, lagu utama dalam album tersebut sempena kemunculan semula kumpulan EXO berjudul Cream Soda juga mendominasi carta lagu iTunes di 46 negara.
Pencapaian tersebut sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan mereka sebagai antara kumpulan ‘gergasi’ K-Pop yang masih berbisa hingga ke hari ini.