[VIDEO] ‘Kali pertama dan terakhir jumpa Sarah Yasmine Disember lalu’

SAYA memang kenalan dia (Sarah Yasmine).”

Demikian pengakuan pelakon jelita Anna Jobling yang mengakui mengenali kekasih gelap penyanyi Aliff Aziz, Sarah Yasmine selepas bertemu di sebuah festival jualan di Singapura pada Disember tahun lalu.

Ujar Anna atau nama sebenarnya, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 24, dia terbuka berkawan dengan sesiapa sahaja selain menyifatkan wanita terbabit sebagai seorang yang baik.

“Kami berjumpa pertama dan terakhir dalam satu acara di Singapura sekitar Disember 2023.

Dia datang ke gerai jualan saya selama tiga hari dan meluangkan masa bersama pasukan saya, dia sangat baik dengan kami semua.

“Peminat tahu saya macam mana, kalau orang itu tiada masalah dengan saya, saya terbuka berkawan. Saya jenis ramah,” katanya kepada HibGlam.

Mengenai kecaman dilemparkan netizen, ulas pelakon Melur Untuk Firdaus itu, perkara tersebut tidak menjadi hal kerana sudah biasa berhadapan situasi sedemikian.

Saya tak terkejut sebab sudah biasa terpalit tempias isu yang tiada kena mengena dengan diri saya. Itu perkara normal,” ujarnya ketika ditemui di Gema Lebaran Anna Jobling, malam tadi.

Pada masa sama, Anna memaklumkan tidak tahu mengenai pendedahan Sarah berkaitan hubungan pelakon Ruhainies dan Aliff  dalam media sosial disebabkan komitmen kerja.

Katanya, kesibukan memenuhi jadual tugasan yang padat membuatkannya tiada masa untuk masuk campur berkenaan isu hangat membabitkan rakan artis.

Mengenai pendedahan yang dilakukan Sarah, saya memang tak tahu langsung sebab kami tak pernah kongsi apa-apa hal peribadi selain tidak bertemunya selepas itu.

“Lagipun saya sibuk dengan kerja saya, jadi saya tiada masa nak masuk campur dengan isu yang hangat diperkatakan ramai.

Tiada keperluan pun saya tanya pasal isu peribadi dia. Saya okey sahaja sebab kecaman tidak mengganggu kerja saya,” katanya.

Pada Isnin, Sarah mendedahkan dia sudah menjalin hubungan istimewa bersama pelakon Aliff Aziz sejak Januari tahun ini.

Kata Sarah, dia mendedahkan hubungan mereka selepas kasihan melihat Aliff teruk dikecam netizen akibat ditangkap berkhalwat bersama Ruhainies pada Mac lalu.

Selepas itu tular foto wanita berusia 24 tahun itu dengan Anna didakwa mereka berkawan baik sehingga netizen kurang senang disebabkan Sarah mengaku kekasih kepada suami Bella Astillah. – HIBGLAM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok