Sanding selepas 3 tahun kahwin

TIGA tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Ma Dong-seok akhirnya bakal mengadakan majlis resepsi perkahwinannya dengan isteri tercinta selepas banyak kali tertunda berikutan pandemik Covid-19.

Acara tersebut dijadualkan berlangsung secara tertutup di sebuah hotel mewah di Seoul pada 25 Mei nanti
Aktor berusia 53 tahun itu menjalin hubungan istimewa dengan belahan jiwanya, Ye Jung- hwa, 35, pada 2016.

Perkahwinan pasangan itu hanya didedahkan kepada umum setahun selepas berkahwin apabila Dong-seok merujuk Jung-hwa sebagai isteri sewaktu memberi ucapan kemenangan trofi Artis Terbaik pada Anugerah SACF Oktober 2022.

“Saya mendedikasikan kemenangan ini kepada semua penyokong, isteri saya Ye Jung Hwa serta kaum keluarga,” katanya dalam ucapan tersebut.

Syarikat pengurusan Dong-seok turut mengesahkan perkara itu, namun pandemik Covid-19 dan jadual kerja yang padat membuatkan pasangan tersebut menangguhkan perancangan mengadakan majlis resepsi mereka. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok