274
TIADA angin tiada ribut, anggota kumpulan ZEA, Junyoung membuat pengumuman bakal berkahwin menjelang September nanti.
Bintang berusia 35 tahun itu mengakui memilih September sebagai tarikh perkahwinan sempena bulan kelahiran bakal isterinya.
Penyanyi tampan itu meminta peminat agar mendoakan segala urusan perkahwinannya dilancarkan.
“Saya akhirnya bertemu dengan seorang wanita yang membuat saya berfikir bahawa saya akan berkahwin.
Saya membuat keputusan untuk berkahwin pada September disebabkan hari lahirnya jatuh pada bulan tersebut.
“Minta semua doakan yang terbaik buat saya dan pasangan, teruskan menyokong karier saya,” katanya menerusi Instagram. – HIBGLAM