Video ‘lemah’ Amir Jahari menangis kembali tular

MASIH terngiang-ngiang kesyahduan lagu ciptaan dan nyanyian Amir Jahari yang menggondol gelaran juara dalam AJL38, baru-baru ini.

Kemenangan yang direstui ramai itu membuatkan nama komposer yang juga bakat daripada program Akademi Fantasia itu menjadi trending.

Tidak hairan apabila ada individu yang menyelak video lampau Amir terutama pada awal kemunculan sekitar 13 tahun lalu.

Antaranya ketika Amir atau Mohamad Amirullah Jahari menerima kritikan pedas barisan juri dalam program sekitar 2011.

Menerusi video tersebut, juri profesional iaitu Fauziah Ahmad Daud dan Datuk Norman Abdul Halim mengkritik banyak kekurangan dalam nyanyian Amir.

Namun, seorang lagi juri, Datuk Hattan pula menjangkakan Amir berpotensi pergi jauh dan mampu menyinar suatu hari nanti, bahkan lebih bagus daripada penyanyi AF yang lain. Kini telah terbukti kredibiliti penyanyi tersebut apabila karya nukilannya mengungguli tangga teratas pertandingan yang disertai 12 lagu terbaik sepanjang tahun itu.

MIZZ LAHAR: Ada pelakon merajuk mahu bersara selepas berasakan bakatnya tidak dihargai. Alahai!

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok