Puteri Balqis pasti jadi primadona!

“SEMAKIN dewasa, semakin jelita.”

Demikian antara respons orang ramai selepas tular sebuah video memaparkan Puteri Balqis atau Aqish disole jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa.

Rata-rata berpendapat, Aqish memiliki wajah cantik unik meskipun baru berusia 17 tahun. Tidak kurang juga ada yang menyamakan wajahnya seperti anak perempuan pelakon Hollywood, Johnny Depp iaitu Lily Rose Depp.

“Cantik betul Aqish. Sekali tengok memang sama seperti Lily Rose Depp.

“Selepas disolek, memang ada iras Fasha Sandha ketika berusia 20-an. Aqish pasti akan bergelar primadona satu hari nanti,” puji netizen. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok