285
DIDAKWA melakukan pembedahan plastik apabila wajah kelihatan berbeza dalam drama Marry My Husband, penyanyi BoA, 38, tampil menafikan tuduhan tersebut dengan memberitahu perubahan mukanya disebabkan tabiat mengetap bibir.
Ujar penyanyi terkenal itu, perubahan ketara bentuk wajahnya juga disebabkan menggunakan pendakap gigi sejak tahun 2023.
Saya tidak menjalani sebarang pembedahan plastik tapi tabiat semula jadi buatkan muka saya berubah.
“Saya suka gigit bibir, mungkin itu yang memberi perubahan kepada bahagian mulut saya,” katanya.
Dalam masa sama, BoA berharap agar netizen tidak buruk sangka selain berhenti menyebarkan tuduhan tidak berasas terhadap dirinya. – HIBGLAM