Jangan ikut cara saya – Park Min-young

DEMI menjayakan watak dalam drama terbaharu, pelakon Park Min-young sanggup mengamalkan diet ekstrem bagi menurunkan berat badan.

Selain mengurangkan pengambilan makanan, aktres berusia 38 tahun itu hanya minum air berunsurkan ion supaya dapat mencapai sasaran bentuk badan yang diingini dengan lebih cepat.

Hasilnya, Min Young berjaya mengubah penampilan sekali gus mengekalkan berat badan sebanyak 37 kilogram bagi watak Kang Ji Won yang merupakan seorang pesakit kanser.

Bagaimanapun, Min Young sendiri mengakui itu bukanlah satu kaedah yang terbaik dan sama sekali tidak menyarankan orang ramai mengikuti caranya.

“Cara ini tidak disaran sama sekali. Mengambil kira faktor usia saya juga tidak yakin boleh melakukannya untuk menghidupkan watak.

“Untuk kali terakhir saya membuat keputusan untuk memberi komitmen sepenuhnya dengan bersungguh-sungguh,” katanya menerusi satu rancangan temu bual.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok