Han Ye-seul kecil hati difitnah

DIDAKWA suka bersosial dan pernah terlibat dalam filem lucah, pelakon Han Ye-seul mengakui terkejut dan berkecil hati dengan khabar angin tidak berasas itu.

Ujar aktres berusia 42 tahun terbabit, dia tidak pasti apa motif segelintir pihak menabur fitnah sedemikian meskipun dirinya hanya melakukan kerjanya sebagai pelakon dan tidak mengganggu mahupun menyusahkan hidup orang lain.

“Banyak fitnah berleluasa tentang saya. Sejujurnya saya memang terkejut, tak tahu apa motif orang berbuat demikian sedangkan saya langsung tidak melakukan perkara itu.

“Disebabkan fitnah, karier saya terganggu. Walaupun perkara itu tidak benar, orang ramai sudah mula pandang serong terhadap saya. Jadi, saya benar-benar terluka dan sedih,” ujarnya menerusi satu rancangan temu bual.

Tambah Han Ye-seul lagi, demi memulihkan kembali reputasi, dia tidak teragak-agak membawa perkara tersebut ke muka pengadilan.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok