Park Seo-jeon saman tukang fitnah

SUSULAN penyebaran berita palsu dan fitnah bertebaran dalam media sosial, pelakon Park Seo-joon tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap netizen yang berbuat demikian.

Aktor itu juga akan bertegas dengan mana-mana pihak yang cuba merosakkan reputasinya sehingga menyebabkan imejnya sebagai selebriti berpengaruh terjejas.

Sejak empat tahun lalu, agensi pelakon tinggi lampai itu, Awesome Entertainment sudah memfailkan dua saman fitnah bagi pihak Seo Joon.

Saman difailkan selepas wujud beberapa bukti menyabitkan tertuduh selain ada beberapa lagi individu bakal diheret ke muka pengadilan.

Jelas Awesome, ketika ini beberapa kes sedang dalam siasatan pihak berkuasa sebelum pendakwaan dilakukan di mahkamah.

Wakil aktor itu juga berpesan agar orang ramai tidak mudah mengeluarkan sebarang kenyataan palsu serta fitnah terhadap Seo Joon atau mana-mana selebriti atau berdepan tindakan.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok