MASIH bujang sehingga kini, penyanyi Kim Jong-kook mengakui tidak pernah putus harapan untuk mencari jodoh dan membina keluarga bahagia.
Ujar jejaka berbadan kekar itu, dia sedang mencari pasangan hidup yang dapat menerima segala kekurangan dirinya selain berharap dapat mendirikan rumah tangga secepat mungkin.
Saya tidak tahu bila tetapi saya akan cuba melaksanakannya secepat mungkin. Siapa yang tidak mahu berkahwin, saya juga mahu ada keluarga bahagia,” katanya menerusi satu rancangan temu bual
Bagaimanapun, kata-kata Jong-kook itu disambut tawa rakan-rakannya yang memaklumkan jejaka berusia 48 tahun itu sentiasa memberikan jawapan sama sejak 20 tahun lalu.
Malah sahabat karibnya, Jae-suk, Haha dan Suk-jin mengakui sudah penat menunggu Jong-kook menamatkan zaman bujang.