Jawab nanti kau kata aku gila! – Nonny Nadirah

TIADA angin tiada ribut, pelakon Nonny Nadirah tiba-tiba meluahkan kemarahan terhadap seseorang yang didakwa tidak berhenti mengganggu kehidupannya sejak tiga tahun lalu sehingga ke hari ini.

Pemilik nama penuh Nonny Nadirah Zainuddin itu mendedahkan individu terbabit sering masuk campur urusan peribadinya, termasuk membabitkan pilihannya membuka tudung.

“Aku berubah kerana Allah, bertudung, solat. Macam-macam kau buat. Ujian mengalahkan ujian Tuhan.

“Tiga tahun aku diam. Sekarang dah tak bertudung, tiada amalan, apa lagi yang kau nak buat?

“Sekatlah sampai mati, aku sudah tidak peduli, Syaitan!,” ujar Nonny menerusi satu hantaran dalam Instagram Story.

Dalam hantaran sama, pelakon berusia 34 tahun itu memilih untuk tidak memberikan justifikasi membuka tudung, selain mengeluarkan amaran keras kepada individu berkenaan agar tidak sesekali mempermainkan isu agama.

“Orang lain buka tudung, gembira siap melaram, aku tidak.

“Habis tu kau tanya kenapa aku buka tudung, kau nak aku jawab? Nanti kau cakap aku gila, baik aku diam.

“Kalian nak buat apa dengan aku buatlah, tapi bab agama Islam jangan main-main dengan aku,” katanya yang tidak mendedahkan individu dimaksudkan.

Pada masa sama, Nonny turut meluahkan kekesalan atas tindakan individu yang menghantar sihir kepadanya.

Sebelum ini, dia pernah berkongsi keadaannya yang berdepan gangguan sihir daripada individu yang dikenalinya beberapa tahun lalu. – HIBGLAM.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok