Farid, Diana dikecam makan mi kari tidak halal?

PASANGAN selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle mengundang kecaman ramai gara-gara menikmati hidangan mi kari sebuah restoran yang didakwa tidak mempunyai sijil halal.

Menerusi perkongsian tersebut, Diana dan Farid bagaimanapun memberitahu sudah menghubungi cawangan utama bagi mendapatkan kepastian mengenai status halal dan dimaklumkan salah satu cawangannya mesra Muslim.

“Sebelum ke sana, kami telah menghubungi cawangan utama dan untuk mendapatkan kepastian.

“Mereka mencadangkan kami ke cawangan di Balakong kerana (berstatus) mesra Muslim dan menunya adalah berasaskan makanan laut.

“Sekiranya ada pertanyaan, sila hubungi mereka dulu,” katanya dalam Instagram.

Perkongsian tersebut seterusnya mendapat pelbagai reaksi daripada netizen termasuk mendakwa restoran tersebut tidak mempunyai sijil halal.

“Mesra Muslim tidak menjamin makanannya halal, niat saya hanya menegur sesama umat Islam.

“Kedai ini tak halal, dekat dengan rumah saya,” ujarnya.

Selain itu, netizen turut memuji kemesraan antara Diana dan Farid yang dilihat semakin bahagia selepas rujuk pada Ogos lalu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok