554
DIKDAKWA sombong dan sentiasa menolak permintaan peminat untuk bergambar, pelakon Lee Min-ho menafikan tuduhan tersebut dan menegaskan dirinya tidak pernah berbuat demikian melainkan sedang dalam situasi yang tidak mengizinkan.
Jelas aktor tinggi lampai itu, kadangkala ada situasi yang membuatkan dirinya menolak untuk bergambar seperti sedang bergegas ke acara penting mahupun ingin mengejar waktu sebelum kapal terbang berlepas.
Saya rasa tidak adil jika peminat mengatakan saya sombong hanya disebabkan menolak untuk bergambar sedangkan mungkin ketika itu saya sedang bergegas ke suatu tempat.
“Kadangkala masa memang tidak mengizinkan,” ujarnya dalam satu rancangan temu bual.