Lim Young-woong jadi ‘santa’

PENYANYI Lim Young-woong terus memberi teladan baik apabila menghadiahkan kanak-kanak menghidap kanser padiatrik dan leukemia dengan pelbagai hadiah Krismas.

Wang sejumlah 2 juta won bersamaan RM7,300 didermakan Young-woong merupakan hadiah kemenangan program King of Mask Singer pada November lalu.

Dalam masa sama, pengarah Yayasan Kanser Kanak-Kanak Korea, Hong Seung-yoon sangat bersyukur dengan tindakan murni penyanyi itu.

“Kami berterima kasih atas sumbangan yang disampaikan kepada kanak-kanak yang menahan sakit setiap hari,” katanya dalam satu kenyataan. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok